Anwar tolak sertai kerajaan sebagai senator

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tawaran untuk menyertai kerajaan sebagai senator kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di dalam pentadbiran sebagai timbalan perdana menteri.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin  Nasution Ismail berkata tawaran menyertai kerajaan itu dibuat oleh perdana menteri.

“Semasa Tun datang melawat Anwar, beberapa hari sebelum Anwar diberi pengampunan penuh saya berada dalam bilik itu bersama kedua-dua mereka.

“Tun Mahathir mempelawa Anwar untuk menjadi anggota pentadbiran dan dilantik sebagai senator. Anwar dengan sopan berkata oleh kerana Wan Azizah adalah TPM adalah lebih molek untuk dia tidak menjadi sebahagian anggota pentadbiran.

“Maksudnya pada waktu itu Tun berpendapat dia mahu melibatkan Anwar dan jalannya ada dua – sama ada senator atau dia bertanding sebagai MP.

“Dia (Anwar) mengucapkan terima kasih kepada Tun sambil dia menyebut “Tun, the stage is yours, you should be the one who run the show'”.

“Maknanya dia memberikan kepercayaan penuh dan sokongan penuh kepada Tun,” kata menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu, lapor Malaysiakini.

Anwar kini layak aktif dalam politik selepas diberikan pengampunan penuh oleh Yang di Pertuan Agong usai kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau kini berada di Turki untuk menjalani pembedahan bahu dan selesai menjalani pembedahan tulang belakang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72003

Posted by on Jul 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE