Anwar tuntut kuasa Agong lulus akta dikembalikan

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan satu tuntutan di Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam meluluskan undang-undang.

Ikon Reformasi itu berbuat demikian bagi mencabar Akta Keselamatan Negara (MKN) 2016, yang diluluskan tanpa perkenaan Seri Paduka Baginda.

Menerusi peguam Latheefa Koya dan N Surendran, Anwar memohon supaya tiga pindaan undang-undang sejak 1983 berhubung penarikan keperluan mandatori untuk perkenaan Yang di-Pertuan Agong dalam meluluskan undang-undang, diisytiharkan tidak sah kerana mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

Dalam permohonan itu, Anwar meminta perisytiharan bahawa Seksyen 12 Akta Perlembagaan 1983 (Pindaan), Seksyen 2 Akta Perlembagaan 1984 (Pindaan) dan Seksyen 8 Akta Perlembagaan Pindaan 1994 adalah ultra vires atau bertentangan dengan Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, kerana Parlimen tidak mempunyai hak untuk meluluskan pindaan itu.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa Akta MKN 2016 yang diluluskan dengan cara itu diisytiharkan batal dan tidak sah dan tidak diguna pakai.

“Kami berpandangan bahawa penarikan keperluan mandatori perkenaan Yang di-Pertuan Agong ini menjejaskan struktur asas Perlembagaan.

“Maka, ia adalah bersifat tidak mematuhi keperlembagaan,” kata Surendran.

Turut hadir di mahkamah pagi ini adalah Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, dan Pengerusi Majlis Pimpinan Johor Hassan Karim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70941

Posted by on Jan 2 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE