Anwar ucap tahniah pada MB Johor baharu

Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor yang baru dilantik, Dr Sahruddin Jamal.

Bersyukur dengan proses pertukaran MB yang lancar,Anwar berharap Sahruddin akan melaksanakan tugas sebagai MB dengan tegas dalam membela nasib rakyat.

“Kita ucapkan tahniah dan berharap (Dr Sahruddin) dapat meningkatkan prestasi untuk menjaga dasar dan kepentingan rakyat Johor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat KEADILAN Pahang di Kuantan Avenue di Kuantan, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang Fuziah Salleh dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota.

Dr Sahruddin yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, semalam dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 bagi menggantikan Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April.

Dr Sahruddin menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pada 9.30 pagi semalam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73315

Posted by on Apr 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE