Anwar ucap takziah pada keluarga remaja Irish

Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim yang sedang menunaikan ibadah haji di Mekah mencuri masa mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga remaja Irish, Nora Anne Quoirin.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga Nora Anne Quoirin. Semoga mereka tabah serta diberi kekuatan menempuh dugaan dan ujian,” kata Anwar menerusi akaun Twitter beliau.

Mayat Nora Anne Quoirin ditemui semalam pada 1.57 tengahari selepas hilang pada 4 Ogos.

Pengecaman mayat itu dibuat keluarga remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop.

Proses bedah siasat mayat itu dijalankan pada 10 pagi tadi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar.

Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarga di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73890

Posted by on Aug 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE