Anwar ungguli PRK PD, majoriti lebih besar

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menang bergaya apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului pengiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Mengumumkan perkara tersebut menerusi Twitter, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata Anwar kini memperolehi 25,409 undi dengan majoriti sebanyak 18,790 undi.

Sementara dalam Pilihan Raya Umum ke-14, KEADILAN menang dengan majoriti sebanyak 17,710 undi, katanya.

“Secara tak rasmi, Anwar Ibrahim memintas majoriti PRU14 Dato’ Danyal Balagopal Abdullah,” kata Fahmi memetik keputusan tak rasmi setakat 7.33 malam ini.

Danyal Balagopal adalah ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ sekaligus kembali ke Parlimen secara rasmi.

Sementara itu, Malaysiakini turut melaporkan bahawa Anwar kini adalah pemenang PRK PD.

“Malaysiakini menganggarkan peratusan keluar mengundi adalah 60 peratus, yang bererti calon yang mendapat 22,700 undi ke atas akan memenangi PRK itu.

“Peratusan keluar mengundi rasmi setakat 4 petang tadi adalah 54 peratus.

“PAS setakat berita ini ditulis berada di tempat kedua dengan 6,540 undi, sementara bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di tempat ketiga meraih 3,574 undi,” laporannya dipetik.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72430

Posted by on Oct 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE