Anwar: Utuhkan kedamaian sempena Hari Ponggal

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai agar kekal bersatu dan terus memupuk keharmonian sempena sambutan festival menuai orang Tamil, Hari Ponggal yang bermula hari ini.

“Saya mewakili keluarga dan parti ingin merakamkan ucapan “Thai piranthaal vali pirakkum” kepada seluruh masyarakat India berbangsa Tamil yang menyambut Hari Ponggal dan Bhogi. 

“Semoga cita-cita kita untuk terus memupuk kebersamaan dan memperutuh kedamaian di bulan baharu ‘Thai’ ini dapat direalisasikan. 

“Pertahankan nilai kita, wujudkan suasana harmonis untuk semua dan semarakkan lagi kemajmukan dalam kalangan kita,” kata anggota Parlimen Port Dickson itu dalam kenyataan.

Thai Ponggal adalah antara perayaan terpenting yang disambut penduduk Tamil Nadu di India dalam bulan Januari.

Ia biasanya disambut selama empat hari dari 15 hingga 18 Januari.

Perayaan ini turut disambut mereka yang berbangsa Tamil di seluruh dunia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72802

Posted by on Jan 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE