Anwar: Wajar selamatkan Utusan kerana sumbangan kepada sejarah

Walaupun pernah difitnah akhbar Utusan Malaysia, Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim berpendapat akhbar berbahasa Melayu itu wajar diselamatkan.

Anwar berpegang kepada pendirian tersebut apabila mengenang jasa akhbar itu melaporkan lipatan sejarah dan perkembangan pendidikan negara sejak dahulu lagi.

“Utusan adalah akhbar yang sangat sinonim dengan sejarah negara. Tidak boleh nafikan jasanya sebagai medium pendidikan. Jadi satu pendekatan menghormati hak para pekerjanya perlu diambil.

“Tidak boleh kerana marah Utusan maka suka ia ditutup. Saya tentunya rasa sedih. Ia hanya disalah gunakan oleh UMNO tetapi syarikat itu perlu dipulihkan dan nasib para pekerjanya harus terbela,” katanya semalam dalam program Bual Bicara bersama orang ramai sempena Siri Jelajah Presiden ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara semalam.

Syarikat Utusan Melayu yang berusia 80 tahun kini berada dalam kesempitan kewangan kerana gagal melunaskan tunggakan gaji pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Akhbar itu yang pada asalnya dilaporkan akan dicetak buat kali terakhir hari ini kembali beroperasi seperti biasa selepas mendapat suntikan dana dari bekas pemiliknya, Umno.

Utusan pernah kalah dalam saman fitnah yang difailkan Anwar terhadap akhbar itu yang memfitnahnya sebagai ‘dalang’ dalam pencerobohan Lahad Datu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73913

Posted by on Aug 21 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE