Anwar yakinkan tiga negeri bantu mahasiswa ikat perut

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya meyakinkan tiga negeri untuk bertindak segera bagi menangani masalah mahasiswa yang mengikat perut di universiti mereka.

Anggota Parlimen Port Dickson itu mengumumkan perkara tersebut dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini.

“Ini bukan Somalia dan beberapa kawasan Sudan, ini Malaysia.

“Selangor akan memberi dana kepada anak-anak Selangor yang mengalami masalah dan akan diluluskan segera menurut MB.

“Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga setuju untuk beri kelulusan segera menampung sementara ada peruntukan lain.

“Kalau RM100 pun tidak mengapa sebagai tambahan kepada apa yang mereka peroleh sekarang untuk kurangkan beban yang dihadappi para pelajar,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan agar melakukan sesuatu untuk menyelesaikan perkara tersebut yang dilaporkan Berita Harian semalam.

“Siapa boleh terima kenyataan bila membaca masalah anak mahasiswa yang menghadapi masalah makanan ini dan membiarkan ianya berlarutan selama beberapa minggu.

“Kita baca beberapa hari yang lalu dengan masalah yang dihadapi mahasiswa yang tidak cukup makan dan ini sangat mengesankan dan memprihatinkan.

“Kerajaan perlu ambil langkah segera agar anak yang belajar tidak boleh dirundum malang kerana tidak cukup makanann,” katanya.

Anwar semalam menerusi akaun Twitter beliau bersedih dengan nasib sebilangan mahasiswa Unversiti Malaya (UM) yang dilaporkan hidup dengan hanya RM100 sebulan.

Beliau yang juga bekas pemimpin pelajar universiti itu mengakui terharu membaca laporan berkenaan.

Beliau kemudianmengarahkan kakitangannya mendapatkan maklumat segera dari Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya berkenaan isu tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73120

Posted by on Mar 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE