Anwar ziarah muzium tentera terbakar

Hari kelima kempen pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson menyaksikan bakal perdana menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi galeri Muzium Tentera Darat yang terbakar pada Sabtu lalu.

Turut bersama dalam lawatan itu adalah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Anwar berkongsi gambar ziarahnya itu menerusi akaun Twitter beliau.

Media pada Sabtu lalu melaporkan galeri di tingkag bawah Muzium Tentera Darat Port Dickson terbakar 50 peratus, pada hari sama penamaan calon PRK PD berlangsung.

Terdahulu, Anwar meluangkan waktu paginya dengan berlari di pantai Port Dickson untuk bekalan tenaga tambahan bagi kempennya.

“Pagi ini luang masa untuk berlari-lari anak di sekitar pantai Teluk Kemang. 

“Meski terkekang dengan jadual padat kempen, kesihatan dan stamina jangan diremehkan. 

“Ternyata permulaan yang menyegarkan untuk hari ini,” tulis Anwar pada kapsyen gambar beliau berlari yang dimuat naik di Twitter.

Beliau kemudian meninjau Pasar Tani Batu 4 yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang selepas berlari.

Pada sebelah petangnya pula, Anwar bertemu orang ramai dalam sesi minum petang di Kampung Jawa, Bukit Pelanduk.

Anwar dicabar enam orang calon lain yang terdiri daripada seorang calon PAS dan lima calon bebas dalam PRK PD yang jatuh pada 13 Oktober.

PRK ini akan membuka laluan untuk Anwar kembali aktif berpolitik selepas mendapat pengampunan diraja bagi Fitnah II terhadapnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72384

Posted by on Oct 3 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE