‘Arab Spring’ tetap berlaku jika ada penipuan PRU 13 – Mat Sabu

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 11 Feb: Gelombang ‘Arab Spring’ tetap berlaku di Malaysia jika ada penipuan daftar pemilih dan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yakin ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah PRU akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Mat Sabu menegaskan, gelombang itu hanya berlaku jika terbukti penipuan sebelum dan semasa hari pengundian membabitkan daftar pemilih.

HKR“Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan jangan berkomplot menipu dalam pilihan raya atau menerima kesan kebangkitan rakyat di jalan raya.

“Rakyat sekarang memiliki akses maklumat yang luas dan mereka semakin bijak menilai dan membandingkan maklumat yang dikemukakan baik dari media Pakatan atau Umno BN.

“Tuntutan terbesar seluruh rakyat sekarang ialah sebuah proses pilihan raya yang bersih dan telus,” ujar Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), 12 Januari lalu itu kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata, istilah ‘Arab Spring’ tidak sesuai dengan konteks Malaysia kerana beberapa perbezaan dasar seperti geopolitik dan sejarah berbeza namun penggunaan istilah bukan isu besar.

Katanya, penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem demokrasi melalui proses pilihan raya.

Beliau turut menolak fitnah Musa kononnya Pakatan gagal mentadbir empat negeri dengan baik.

Mat sABU“Jangan tuduh melulu, teliti laporan Audit Negara sebelum keluarkan kenyataan yang memalukan diri sendiri. Sebenarnya Umno BN yang gagal mentadbir dan mereka patut berundur dari memerintah negara,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44778

Posted by on Feb 11 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google