Author Archive
Stories written by fadli

Bersatu lawan BN di Sarawak – Shamsul

IMG_0531

KUALA LUMPUR 26 APR: KEADILAN menegaskan musuh utama perlu dihadapi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) adalah Barisan Nasional (BN). Naib Presiden, Shamsul Iskandar Mohd Akin berharap semua dapat bersatu dalam usaha menyerang dan menumbangkan BN dengan terus meraih sokongan rakyat. Katanya, proses rundingan kerusi PRN di antara KEADILAN dan DAP berjalan telus dan ikhlas […]

Senarai calon KEADILAN PRN Sarawak

SENARAI CALON KEADILAN SARAWAK

KUALA LUMPUR 26 APRIL: KEADILAN Sarawak mengambil pendekatan berbeza dengan memperkenalkan calon boleh menang bagi membawa suara rakyat negeri itu ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. KEADILAN pada PRN ke-10 pada 2011 menguasai kerusi DUN Krian, Batu Lintang dan Ba’Kelalan. Senarai calon KEADILAN bertanding pada PRN ke-11 adalah: (KLIK […]

Anwar minta Menteri KDN beri akses sebagai ‘peguam’

IMG_8616

“Beliau (Anwar) minta sudah lama tetapi sehingga semalam ‘courts paper’ (kertas mahkamah) masih lambat diterima iaitu kira-kira 3 petang semalam (25 April) dan ini menyukarkan beliau kerana beliau bukannya dilatih secara sah. Ini satu percubaan untuk menghalang beliau mendapatkan akses kepada keadilan dan saya merayu KDN khususnya menteri berkenaan untuk ambil perhatian perkara ini supaya Anwar diberikan akses,” kata Shamsul merujuk Datuk Seri Zahid Hamidi.

Suara anak muda makin pupus dalam BN Sarawak

IMG_0020

Malang sekali, calon muda yang ditampilkan oleh Barisan Nasional pada kali ini tidak seramai yang ditawarkan oleh pembangkang. Kegagalan Barisan Nasional menampilkan lebih ramai calon muda ini membuktikan bahwa mereka tidak mempunyai hasrat untuk benar – benar memberikan ruang kepada anak muda untuk terlibat sama dalam pemerintahan kerajaan. Sikap Barisan Nasional ini menunjukkan bahawa anak muda hanya dituntut untuk tunduk kepada mereka yang tua dan tidak mempunyai suara untuk menentukan masa depan negeri Sarawak.

CEO baru Tabung Haji mesti dari luar dan melalui proses saringan Parlimen

Rafizi PC

CEO baru juga perlu melakukan audit khas mengenai kedudukan kewangan dan operasi kumpulan Tabung Haji sebaik dilantik dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum akhir tahun ini

KEADILAN bertanding 40 kerusi, umum 35 calon muktamad

PRN Srw

KEADILAN Sarawak mengumumkan untuk bertanding di 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada 7 Mei depan.

Pengerusinya, Baru Bian berkata demikian dalam satu sidang media di Kuching pada Jumaat.

PRN Srw

Beliau sebelumnya mengumumkan nama 35 calon yang dimuktamatkan dengan baki 5 lagi calon akan diputuskan sebelum penamaan pada Isnin depan.

“Kami mahu mengelakkan pertindihan, dan itulah sebabnya kami hanya akan mengumumkan lima kerusi apabila ia dimuktamadkan,” katanya.

Setakat ini nama calon yang dimuktamadkan adalah seperti berikut.

Francis Teron Kadap Noyet (Opar), Jazolkipli Numan (Tanjung Datu), Morni Samsudin (Pantai Damai), Nurhanim Mokhsen (Tupong), Mohamed Salleh Shawkatali (Satok), See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Abang Junaidi Abang Gom (Asajaya), Athina Klaywa Sim (Serembu), Musa Ngog (Tarat), Alex Saben Nipong (Tebedu), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah Ason (Balai Ringin), Jubri Atak (Bukit Begunan), Nicholas Bawin (Engkilili), Kolien Liong (Batang Ai), Yakup Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Noel Changgai Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka), Ali Biju (Krian), Semana Sawang (Meluan), Chen Nguk Fa (Machan), Abdul Raafidin Majidi (Nangka), Simon Joseph (Tamin), Joshua Jabeng (Kakus), Abdul Jalil Bujang (Jepak), Bill Kayong (Bekenu), Mohdak Ismail (Lambir), Elia Bit (Marudi), Roland Engan (Telang Usan), Jamal Brahim (Bukit Sari) dan Alex Lihan (Belaga).

Baru sendiri yang akan mempertahankan kerusinya di Ba Kelalan.

Bersih menang Anugerah Hak Asasi Korea Selatan

Bersih

KUALA LUMPUR 22 APRIL: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dinobat sebagai salah satu pemenang bagi Anugerah Hak Asasi Gwangju 2016. Anugerah berprestij ini dikemukakan oleh Yayasan Memorial Mei 18 di Korea Selatan, sebagai pengiktirafan kepada individu atau organisasi yang banyak menyumbang kepada perkembangan hak asasi, demokrasi, dan keamanan. Ia bertujuan memperingati semangat […]

Mansor Othman pemimpin Pakatan terbaru dihalang masuk Sarawak

MANSOR OTHMAN / DUN PENANTI

KUALA LUMPUR 21 APRIL: Naib Presiden KEADILAN, Datuk Mansor Othman dihalang memasuki Sarawak apabila ditahan di Pejabat Imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuching, pada jam 9.10 pagi tadi. Menerusi aplikasi WhatsApp, Mansor memaklumkan beliau dihalang masuk atas arahan atasan dan kini sedang menanti penerbangan untuk dihantar pulang. “Mereka sedang cari penerbangan untuk hantar saya […]

PRN Sarawak: Sokongan ketua kampung bersama KEADILAN isyarat penolakan BN

DEMI SARAWAK

“Ini memang luar biasa. Tidak pernah berlaku begini di kawasan Layar. Kita harap ini dapat membawa kemenangan di kubu kuat di Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB).

PRN: BN Sarawak diskriminasi wanita

DEMI SARAWAK

“Lima wanita untuk mewakili sejumlah 571,462 wanita di Sarawak adalah tidak wajar dan satu tindakan diskriminasi terhadap wanita. Ketidakseimbangan penyertaan wanita ini akan membawa kepada jurang gender yang lebih besar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE