Author Archive
Stories written by Ilham

Keluarga Baharudin hantar memorandum tuntut penjelasan KPN

KUALA LUMPUR: Peguam Pakatan Rakyat bersama keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad, peserta yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara (KPN) hari ini dan mendesak beberapa tuntutan berhubung kematian mangsa. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, bantahan itu dibuat ekoran kenyataan KPN yang tidak bertanggungjawab dan masih berdegil […]

‘Bom petrol’ dalam botol plastik: Ia satu lawak, kata Jonah

Minyak petrol, beserta sumbu yang diisi ke dalam botol air mineral

(Oleh: Norutul Ilham)   KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK)  Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, menyifatkan dakwaan polis bahawa rampasan beberapa jenis senjata berbahaya dikaitkan dengan perhimpunan Bersih, melucukan. Demikian beliau yang dikenali sebagai Jonah mengulas dakwaan polis, berikutan rampasan beberapa senjata termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo […]

Keluarga tahanan EO gesa Suhakam campur tangan

(Oleh: Norutul Ilham)   KUALA LUMPUR: Tindakan polis yang tetap tidak membenarkan keluarga dan peguam berjumpa dengan enam tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO) menambahkan lagi kerisauan  mereka sehingga terpaksa menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) campurtangan. Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), E.Nalini yang mewakili keluarga tahanan hari ini turut menuntut supaya tuduhan kepada 24 […]

Polis berkeras tidak benarkan keluarga, peguam jumpa tahanan EO

Edmund Bon

(Oleh: Norutul Ilham)   KUALA LUMPUR: Walaupun selepas berbincang lebih kurang sejam, namun pihak polis tetap bertegas tidak membenarkan peguam mahupun keluarga menemui enam individu yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO). Menurut peguam, Edmund Bon yang mewakili mereka, tindakan polis yang menahan semula keenam-enam tahanan tersebut selepas dibebaskan, berbaur politik. Edmund bersama K.Arumugam, Yudhistira […]

Bersih bukan pertubuhan tapi kempen- CheGuBard

chegubard_thumb3

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), CheGuBard menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berfikiran dangkal apabila tidak tahu membezakan sebuah pertubuhan dengan satu siri kempen. Ia berikutan Hishammuddin semalam mengisytiharkan himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini sebagai satu pertubuhan haram. Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman […]

Polis amal dwistandard, baju merah Patriot ‘terlepas’- AMK

Jonah

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyifatkan polis mengamalkan dwistandard kerana masih membisu berhubung pemakaian dan pengedaran baju merah Patriot Pemuda Umno sedangkan hampir beratus ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih. Demikian Khairul atau lebih dikenali sebagai Jonah menyifatkan betapa rakusnya polis mahu menggagalkan himpunan Bersih yang jelas mengumumkan […]

Kerajaan digesa gubal Akta Gaji Minima- Abdullah Sani

(Oleh: Norutul Ilham) KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini menggesa kerajaan melaksanakan Akta Gaji Minima kepada pekerja seluruh negara bagi menyelaraskan sistem pendapatan rakyat. Menurutnya, walaupun setelah tiga tahun kerajaan memberi alasan untuk mengkaji berkenaan perkara itu, namun sehingga kini kerajaan tetap gagal untuk melaksanakannya. Sebaliknya, kerajaan melalui Kementerian […]

Tidak ada pertikaian lagi tentang status MP- Tian Chua

(Oleh: Norutul Ilham)   KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang hari ini menarik nafas lega apabila speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan bahawa beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Batu. Pandikar Amin di Dewan Rakyat hari ini berkata, kelayakan Tian Chua hanya lucut jika beliau didenda melebihi RM2,001. Menurut Tian Chua, […]

Papa Gomo dicabar dedah video penuh- Johari Abdul

(Oleh: Norutul Ilham)   KUALA LUMPUR: Pemilik blog pro Umno, Papa Gomo dicabar mendedahkan video klip penuh yang didakwa terdapat pengakuan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk  Johari Abdul, berhubung video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Johari mengulas akhbar milik Umno- Utusan Malaysia yang mendakwa beliau mengaku pelakon dalam video seks […]

Felda pinjam KWSP RM6 bilion, ANAK mahu campurtangan Agung

(Oleh: Norutul Ilham)   KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman memberi tempoh sebulan kepada Felda untuk memberi jawapan berhubung isu pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM6 bilion. Kata beliau,  jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal melakukan siasatan, ANAK tidak akan teragak-agak untuk meminta campur tangan Yang […]

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE