Author Archive
Stories written by KCFadli

Konvensyen cetus pembersihan institusi tindas rakyat – Wan Azizah

wawi

ALOR SETAR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga yang bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ bakal menjadi titik tolak kepada Pakatan untuk meyakinkan rakyat menolak Umno BN. Menurutnya, Pakatan berazam untuk ‘membersihkan’ bukan sahaja sistem pilihan raya malahan semua sistem yang menindas rakyat di bawah pentadbiran Umno BN selama ini. “Bersihkan […]

Bagi duit kepada rakyat, bukan hutang – Khalid Ibrahim

khalid

(Oleh: Ahmad Fadli KC) ALOR SETAR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas pendekatan Kerajaan Umno BN mengagihkan wang tunai kepada rakyat yang diperolehi daripada hutang. Menurutnya, sebarang pengagihan wang tunai kepada rakyat seharusnya datang daripada lebihan wang daripada pertumbuhan ekonomi , seperti dilakukan Selangor.                   […]

Mat Sabu gesa polis kawal Perkasa 9 Januari

(Oleh: Ahmad Fadli KC) KUALA LUMPUR 5 Jan: Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menggesa pasukan polis mengawal kelakuan ahli-ahli Perkasa yang mengancam mahu turun ‘bertempur’ dengan lebih 100 ribu rakyat 9 Januari depan di Jalan Duta. Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga berasa hairan dengan tindakan Perkasa yang jelas mahu menimbulkan huru-hara […]

Penggulungan Fitnah II bermula hari ini

Kes-Anwar2

(Oleh: Ahmad Fadli KC) KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini selepas ditangguhkan sebanyak dua kali. Perbicaraan itu yang kini memasuki peringkat penggulungan sepatutnya bersambung pada 8 dan 9 Disember lepas tetapi ditangguhkan ke 12 dan 13 Disember. Sebelum itu, ia sepatutnya mula bersambung semula pada 23 dan 24 November tetapi ia ditangguhkan […]

Anak muda mampu merubah rejim – SN A Samad Said

klcc sajak

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hari ini menggesa anak muda bangkit meneraju perubahan rejim bagi mengembalikan demokrasi kepada rakyat. Seruan itu dibuatnya kerana kecewa dengan tindakan Umno BN meluluskan Akta Himpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat 29 November lalu. “Perubahan regim hanya berkemungkinan di tangan anak muda,” kata Sasterawan Negara itu yang […]

Persidangan Umno tiada agenda rakyat, hanya hentam pembangkang

Jonah

(Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Perjalanan Perhimpunan Agung Umno bukti jelas bahawa parti itu masih lagi angkuh dan tidak mahu mengakui kesilapan-kesilapan mereka. Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar, rakyat memerhati dengan jelas persidangan itu yang disiar TV arus perdana secara meluas. Terpalit dengan pelbagai skandal, yang terbaru skandal lembu NFC, rakyat mahu […]

Tan Ah Kau ‘berceramah’ sempena Maal Hijrah

Tan Ah Kau

(Oleh: Ahmad Fadli) JOHOR BAHRU: Wakil dari Selangor, Tan Ah Kau ternyata mencuri tumpuan perwakilan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN apabila menyelitkan tema Maal Hijrah dalam perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden pagi ini. Beliau yang datang dari Cabang Kota Raja secara santai mengingatkan bahawa hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal semata-mata. “Hijrah hari ini bukan minta kita […]

KEADILAN sasar pendapatan minima RM4,000 – Wan Azizah

Kongres perwakilan

(Oleh: Ahmad Fadli)   JOHOR BAHRU 26 Nov: KEADILAN adalah parti pertama yang mensasarkan pendapatan minima isi rumah RM4,000 sebulan dalam tempoh lima tahun berkuasa. Perkara itu dinyatakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2011 di Pulai Spring Resort, Johor Bahru pagi tadi. Ia adalah […]

Keluarga Sarbaini tuntut Suruhanjaya Di Raja siasat kematian

KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang mati jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat punca kematian Sarbaini. Mereka mahu Suruhanjaya itu ditubuhkan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan inkues yang mengecualikan beberapa dapatan penting sepanjang inkues berlangsung. […]

Najib, Taib perlu jelaskan belanja kempen media antarabangsa- Nik Nazmi

nik-nazmi

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa kerajaan pusat dan Sarawak menjelaskan kontroversi kontrak kempen perhubungan awam di peringkat antarabangsa, yang menelan berjuta-juta ringgit wang rakyat. Menurut Nik Nazmi, Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih lagi mengambil sikap berdiam diri mengenai kontrak […]

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE