Author Archive
Stories written by masdar

Asal Bukan Umno (ABU) ditubuh untuk tumbangkan Umno

(Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard hari ini melancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU). Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ditubuh bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Chegubard yang bertindak sebagai penyelaras. Ini kerana katanya, puluhan […]

Peniaga Little India mogok sejam 11 pagi esok

(Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Little India akan mogok selama sejam 11 pagi esok bagi mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengembalikan laluan asal di kawasan itu, kata pengerusinya, S. Pathavachalam. Beliau mengulas tindakan tergesa-gesa DBKL membuka lorong khas untuk kegunaan bas dan teksi dari pusat […]

Rafizi cadang PWTC medan debat NFC agar Khairy ‘selesa’

Rafizi Ramli

(Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mencadangkan debat skandal NFC diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno. Cadangan itu katanya, bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang bersetuju berdebat mengenai isu itu. “Jika setelah semua kelonggaran ini Khairy masih […]

Pas gesa batal bawa masuk Jusa dari sektor swasta

KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan membatal hasrat mengubahsuai skim jawatan utama perkhidmatan awan peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta dibawa masuk. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika tindakan itu dilaksana, maka kerajaan berdepan kemarahan pegawai perkhidmatan awam lain. “Kerajaan akan berhadapan dengan (kemarahan) pegawai sektor awam. […]

Papagomo fitnah saya – Amin Iskandar

Amin Iskandar

(Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR: Seorang kolumnis media, Amin Iskandar membuat laporan terhadap blogger Umno, PapaGomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur hari ini. Dalam laporan polisnya, Amin berkata, PapaGomo dalam blognya menuduh beliau kononnya dicabul Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kenyataan […]

Rosmah mula campur tangan skandal NFC?

YB Zuraida-Kamaruddin

(Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR:¬† Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan wanita Umno menjawab apa yang didakwanya sebagai ‘fitnah pembangkang’ terhadap’pemimpin BN’ membuktikan bermulanya campur tangan isteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam skandal projek lembu. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ‘amaran’ Rosmah itu juga bukti kegagalan pentadbiran Najib menjawab skandal itu. “Kalau sampai […]

Blogger Umno sertai KEADILAN

(Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR: Seorang blogger yang juga ahli Umno, Musli Oli bertindak keluar parti seterusnya menyertai KEADILAN. Dalam satu kenyataan, Musli berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu gagal memperjuang antaranya hak royalti minyak untuk rakyat Sabah. Umno juga katanya hanya mendendangkan lagu pembangunan walhal krisis sosial, ekonomi dan pengangguran kekal membelenggu rakyat […]

Najib penyebab indeks rasuah Malaysia merudum – Tian Chua

tian-chua-3

(Oleh: Masdar Wahid) Merudumnya Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan rasuah terus berleluasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ini kerana katanya, Najib turut terpalit dengan skandal rasuah selain mempertahan menteri kabinetnya yang terlibat dalam rasuah. “Buktinya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hingga kini kekal jadi alat […]

Shahrizat dicabar tanding lagi di Lembah Pantai – Izzah

shahrizat_jalil

(Oleh: Masdar Wahid) Umno dicabar meletakan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding lagi di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar. Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan. “Memandangkan pimpinan […]

‘Rakyat meluat perlu terima RM100 bantuan sekolah melalui BN’

(Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR: Arahan Kementerian Pelajaran agar pemberian RM100 untuk pelajar sekolah mestilah dihadiri pemimpin BN semakin menguatkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Umno BN. Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, rakyat tahu bahawa wang itu datangnya daripada duit cukai mereka¬† sedangkan pemimpin BN pula cuba berlakon seolah-olah wang itu datang daripada poket […]

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE