Author Archive
Stories written by najibhashim

Dr Wan Azizah sah bertanding di Parlimen Pandan

wan-azizah

Calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sah bertanding di kerusi P100 Pandan pagi ini. Pencalonan beliau disahkan selepas mengemukakan borang pencalonan pada 9.09 pagi ini dan diumumkan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya. Dr Wan Azizah berdepan pertarungan lima penjuru apabila dicabar seorang calon bebas dan tiga orang […]

‘Keluar mengundi lawan subahat SPR-ROS dengan Najib’

Tian_Chua_ipd_Dang_Wangi

Perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak yakin akan menang dalam pilihan raya kerana sikap berat sebelah Surhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata situasi itu sebenarnya jelas pada mata rakyat. “Rakyat melihat dengan jelas bahawa pahlawan Bugis (sindiran kepada Najib) ini mempunyai pelbagai muslihat curang sebelum mula […]

Azmin seru mengundi awal elak penipuan

Azmin_Ali

Menteri besar sementara Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa orang ramai agar keluar awal untuk mengundi pada 9 Mei nanti. Menurutnya, tindakan itu boleh mencegah sebarang cubaan menipu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mungkin cuba mengundi bagi pihak orang lain. “Saya hanya minta 7 pagi sudah berada di pusat pembuangan undi kerana penipuan kali […]

Harapan desak SPR benar Suhakam pantau PRU14

Suhakam-logo

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memantau pilihan raya umum ke-14. Gesaan itu dibuat selepas Suhakam hari ini dilaporkan tidak diberikan lampu hijau untuk berbuat demikian. “Suhakam merupakan badan yang dibentuk oleh Parlimen Malaysia yang ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya […]

‘Harga petrol kekal 5 minggu, subsidi boleh dikembalikan’

petrol ron97

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel yang kekal selama lima minggu berturut-turut adalah bukti jelas bahawa kerajaan boleh mengembalikan subsidi bahan bakar tersebut. Calon timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian dalam kenyataannya sewaktu mengulas harga RON95, RON97 dan diesel yang diumumkan kekal semalam. “Pengekalan harga petrol dan diesel […]

‘SPR terdesak larang gambar Anwar dan Tun M’

351c1a01-8bb9-4999-9851-28d891eb599d

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak berat sebelah apabila membenarkan hanya gambar presiden dan timbalan presiden parti digunakan dalam kempen pilihan raya umum ke-14. Presiden Pakatan Harapan merangkap calon timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pengumuman terbaru SPR itu melangkaui tugas-tugas mereka dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia juga sebenarnya adalah satu […]

Denda RM10 juta menanti calon khianat perjuangan

KEADILAN - Copy

Wakil rakyat KEADILAN yang mengkhianati parti dengan keluar parti selepas menang pilihan raya berhadapan denda RM10 juta. Ini kerana semua calon yang telah menerima watikah calon semalam terikat secara undang-undang apabila menandatangani perjanjian setia dengan parti. “Sekarang wakil-wakil kena fikir dua kali (untuk lompat parti), melainkan kamu ada RM10 juta,” kata penyandang kerusi Parlimen Sungai […]

‘Tercalon atau tidak perkara biasa’

a81939ef-eea5-4b05-ab05-721e6c6d4442

Calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa mereka yang tidak terpilih untuk menatang amanah sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-14 agar berlapang dada. Menurutnya, pengguguran penyandang kerusi Parlimen dan DUN daripada bertanding dalam pilihan raya adalah perkara yang biasa berlaku. “Tiada apa-apa. Ia perkara biasa dalam politik,” […]

Dr Wan Azizah bertanding di Pandan

f931c914-4869-4374-95ab-838913c99543

Calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan dalam pilihan raya umum ke-14. Perkara itu diketahui KeadilanDaily selepas melihat senarai calon KEADILAN pada majlis pengagihan kit calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri KEADILAN di Subang Jaya, pagi ini. Penyandang kerusi parlimen Pandan iaitu Naib […]

Wan Azizah doakan keluarga saintis Palestin peroleh keadilan

wan-azizah

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan keluarga almarhum saintis Palestin yang ditembak mati di Kuala Lumpur mendapat keadilan di atas tindakan zalim tersebut. Dr Wan Azizah juga yakin Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan mampu menguruskan siasatan kejadian malang itu. “Saya melahirkan rasa simpati kepada keluarga Dr Fadi Mohammed Al […]

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE