Author Archive
Stories written by rusnizam

KEADILAN tuntas menuntut reformasi pilihan raya – Azmin

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN, AZMIN ALI   Pengumuman Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kuasa dan kawal selia sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen menandakan kemenangan awal KEADILAN dalam menuntut reformasi pilihan raya. Malah, pengumuman tersebut membuktikan bahawa Kerajaan mengakui wujudnya penipuan dan kelemahan dalam proses pilihan […]

Pegawai JPM mahu jumpa balu Dharmendran secara rahsia

Balu Dharmendran

(Oleh: Masdar Wahid)   PETALING JAYA 1 Jun: Balu N Dharmendran, tahanan yang mati dalam lokap polis mendedahkan beliau dan bapa mentuanya, B Narayanasamy dihubungi seorang lelaki  yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM). Marry a/p Mariaysusay  berkata, pegawai berkenan menghubungi mereka sebanyak tujuh kali dan menyatakan mahu bertemu ahli keluarganya secara […]

Fail petisyen PRU, kenyataan Zahid kena batang hidung sendiri

Johari

(Oleh: Mohd Arif Juhani) KUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul. Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan […]

Selangor buktikan misi pemberdayaan wanita berjaya – Rodziah

rodziah

SHAH ALAM 1 Jun: Perlantikan 100 peratus wanita KEADILAN dalam barisan Exco Selangor menunjukkan komitmen untuk menjayakan misi pemberdayan wanita Malaysia terutama dalam bidang legislatif, politik dan pembuat keputusan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail menyifatkan ia bukan satu kebetulan atau tanpa perancangan oleh kerajaan negeri. Ini kerana katanya, […]

Fail Petisyen: BN sendiri tak percaya SPR – Saifuddin

Saifuddin

(Oleh: Mohd Arif Juhaini)   KUALA LUMPUR 1 Jun: Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat ‘meludah […]

Lantik wanita sebagai Speaker, Pakatan cipta sejarah- Hannah

Hannad

(Oleh: Aisha Geofrey)   SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat. Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN. “Pakatan sekali lagi […]

Mesyuarat pertama Exco Selangor bermula petang ini

MB Exco

(Oleh: Aisha Geofrey) SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco)  memulakan tugas rasmi sejurus selepas istiadat mengangkat sumpah, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim “Kita juga akan memulakan mesyuarat pertama pada petang ini kerana kita tak mahu bazirkan masa sehingga satu minggu tanpa ada mesyuarat dan perbincangan bersama,” kata […]

Kenapa kerajaan tidak dedah perjanjian TPPA?

KUALA LUMPUR 29 Mei: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)  mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mendedahkan teks dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan kini Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA). Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, jaminan kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung perkara itu tidak mencukupi. “Jika benar-benar ada pasaran bebas dan kerajaan telus, kita seharusnya dapat […]

Exco Selangor angkat sumpah di hadapan Sultan hari ini

SHAH ALAM 29 Mei: Sepuluh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) mengangkat sumpah hari ini di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mereka terdiri daripada empat wakil Pas, tiga dari KEADILAN dan DAP mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang. Menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengetuai portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & […]

Ribuan memenuhi padang Timur Petaling Jaya

505_Amcorp_Mall

  PETALING JAYA 25 Mei: Ribuan peserta mula memenuhi Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Perhimpunan Suara Rakyat 505 yang bermula sejak jam 5 petang tadi. Himpunan anjuran 54 gabungan NGO itu diadakan bagi membantah penipuan dilakukan oleh Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu. Ia adalah siri  ke 9 […]

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE