Ayuh ke Grand Finale Rakyat Hakim Negara 9 Feb, Hari Penentu 10 Feb

Hasil pertemuan antara pimpinan KEADILAN dan pertubuhan bukan kerajaan yang dibuat minggu lepas telah sepakat untuk membentuk Sekretariat Rakyat Hakim Negara: Hari Penentu 10 Februari.

POSTERSekretariat Rakyat Hakim Negara ingin menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama dalam siri jelajah yang telah disusun di beberapa negeri dan kemuncaknya adalah pada malam Grand Finale, 9 Februari yang bakal dijalankan di Padang Timur, Petaling Jaya.

Ceramah Perdana Grand Finale ini bakal dihadiri oleh pimpinan KEADILAN, pimpinan utama Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO. Penekanan utama pada Ceramah Perdana, Grand Finale ini adalah kes fitnah kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di samping itu, isu-isu rakyat yang melibatkan salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah melalui Akta Hasutan menjadi tema utama ceramah. Isu ekonomi dan GST yang menjadi kebimbangan rakyat dijadikan hujah utama untuk rakyat membuat penghakiman terhadap pemerintah Barisan Nasional yang tidak peduli dengan keperitan rakyat.

Hari Penentu pada 10 Februari bakal menjadi tarikh penting dalam sejarah politik Malaysia. Pimpinan dan pendokong KEADILAN diseru untuk hadir ke Putrajaya bagi menyatakan solidariti kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Digalakkan kepada yang beragama Islam untuk berkumpul dan solat Subuh di Masjid Besi dan akan berjalan ke Istana Kehakiman pada Jam 8.00 pagi bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aspek keselamatan adalah keutamaan dan kerjasama penuh akan diberikan kepada pihak keselamatan. Para pendokong yang akan hadir ke Hari Penentu 10 Februari di Putrajaya diingatkan untuk mematuhi arahan pimpinan KEADILAN dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Mengambil kesempatan ini, pihak Sekretariat Rakyat Hakim Negara ingin sekali lagi mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama hadir ke Ceramah Grand Finale: Rakyat Hakim Negara di Padang Timur, Petaling Jaya pada 9 Februari 9.00 malam dan hadir ke Mahkamah, Istana Kehakiman Putrajaya pada 10 Februari bagi menyatakan solidatiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Setiausaha Sekretariat Rakyat Hakim Negara

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65107

Posted by on Feb 4 2015. Filed under AKTIVITI & CERAMAH, KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE