Aziz Bari mampu tumbangkan BN di Sabak Bernam – Anwar

(Oleh Aisha Geoffrey)

SABAK BERNAM 7 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari mampu tumbangkan BN di Sabak Bernam pada pilihan raya umum (PRU) nanti sekaligus membela rakyat kawasan itu.

“Saya yakin, Aziz Bari dari kalangan orang yang baik, bijak dan mampu menjadi Ahli Parlimen yang baik di Dewan Rakyat dan kepada rakyat di sini,” katanya di hadapan lebih 2,000 penyokong yang setia menunggu dalam hujan lebat pada¬† Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, di sini, malam tadi.

Turut menyatakan sokongan, Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin.

“Aziz merupakan pakar perlembagaan, sanggup melepaskan jawatan profesionalnya demi bersama-sama rakyat, menentang penindasan dan ketidakadilan,” katanya.

Ahli Parlimen Sabak Bernam sebelum ini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Bakri dari Barisan Nasional.

Pada Oktober lalu, Abdul Rahman dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 kerana didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas.

Aziz pula merupakan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee.

Anak jati Sabak Bernam itu adalah ahli akademik tunggal yang menulis tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.

Pada 19 Oktober tahun lalu, Aziz menerima surat tunjuk sebab oleh unit undang-undang universiti itu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39029

Posted by on Nov 7 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE