Azmin ajak orang Kedah pilih Pakatan Harapan

Orang Kedah berpeluang menikmati pelbagai manfaat seperti yang dinikmati warga Selangor menerusi Inisiati Peduli Rakyat (IPR) sekiranya Pakatan Harapan (Harapan) mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke-14, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, beliau yakin orang Kedah tahu keputusan terbaik yang perlu diambil mereka dalam pilihan raya akan datang.

“Saya yakin rakyat Kedah cukup matang menentukan masa depan mereka, maka saya kongsikan apa yang Selangor buat hari ini.

“Pelbagai manfaat diberikan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor, jadi saya juga mahu rakyat Kedah turut mendapat manfaat sama seperti rakyat Selangor.

“Justeru itu, rakyat Kedah mesti memilih Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 kali ini,” katanya dalam siri Jelajah Keadilan Peduli Rakyat, di Gurun, pagi tadi.

Azmin turut mencuri peluang dalam jelajah itu untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan golongan yang memerlukan di kawasan sekitar Gurun, lapor SelangorKini.

Program Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat Kedah dan Perlis berlangsung selama dua hari bermula dari Jumaat hingga Sabtu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71297

Posted by on Jan 5 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE