Azmin akan kekal sabar dan tabah

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali mahu kekal fokus untuk meletakkan negara pada landasan ekonomi yang betul dengan menggubal beberapa dasar baharu ekonomi negara.

“Fokus saya sekarang adalah untuk terus memastikan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dapat menggubal dasar baharu dan sekarang ini kita sudah memulakan perbincangan tentang Rancangan Malaysia ke-12 sejak sebulan yang lalu,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan fokus kepada ekonomi digital pada masa akan datang di samping menjana ekonomi yang lebih mapan.

“Saya nampak perkembangan positif dan kita berikan tumpuan kepada hasil baharu negara dan teknologi baharu seperti artificial intelligence, digital dan sebagainya kerana itulah yang dapat menjana pertumbuhan dan sumber baharu bagi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya.

Sementara itu, Azmin berkata beliau akan terus tabah menghadapi cubaan menjatuhkan reputasi dan kerjayanya menerusi penyebaran video sumbang.

“Saya kena banyak bersabar dan akan terus bertabah. Saya yakin ini adalah politik kotor orang yang ‘desperate’, yang tewas dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat, yang cuba menggunakan taktik kotor seperti ini tetapi bagi saya sebagai pemimpin, kita harus tegas dengan perkara ini,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73619

Posted by on Jun 17 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE