Azmin Ali dilantik sebagai MB Selangor baharu

 

SHAH ALAM 22 SEPT: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa 23 September 2014.

Azmin Ali MBPelantikan itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang tadi.

Menurut surat itu, majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi esok.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa 23 September (Selasa).

“Sehubungan itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor,”

“Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih,” jelas surat berkenaan.

Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekaligus menamatkan spekulasi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63043

Posted by on Sep 22 2014. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE