Azmin angkat sumpah MB Selangor

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan kembali diberikan mandat dengan majoriti besar.

Majlis itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Balairong Seri di Istana Alam Shah di Klang.

Azmin yang mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.

Ia disusuli angkat sumpah untuk menjadi anggota Dewan DiRaja Selangor.

Pada PRU14 Rabu lalu, Harapan memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN Selangor menjadikan barisan pembangkang terdiri daripada empat ADUN BN dan satu PAS.

Calon Harapan yang bertanding atas tiket KEADILAN menawan 20 dari 22 kerusi parlimen di Selangor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71757

Posted by on May 11 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE