Azmin cabar akhbar Umno buktikan berita fitnah

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mendesak Utusan Malaysia untuk mengemukakan bukti bagi menyokong berita fitnah terhadap beliau yang disiarkan muka depan akhbar itu hari ini.

Dalam satu kenyataan, pejabat menteri besar Selangor berkata laporan muka depan akhbar milik Umno itu yang mendakwa beliau membenarkan pesta arak di Selangor adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

“Kami mencabar Utusan Malaysia untuk mengemukakan bukti bahawa beliau berkata demikian.

“Menteri Besar menuntut penarikan balik tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia,” kenyataan pejabat akhbar beliau dipetik.

Akhbar itu hari ini memaparkan tajuk utama “Azmin benar pesta arak” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas“.

Perenggan pertama laporan itu menyebut bahawa “Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017” mahu diadakan di negeri ini.

Ia memutarbelit kata-kata Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN yang kononnya berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh Selangor iaitu untuk menghormati hak kaum dan agama lain.

“Beliau tidak akan melangkaui pihak berkuasa tempatan dalam hal ini. Sebagai menteri besar adalah kewajipan beliau untuk menegakkan dan mematuhi undang-undang, undang-undang kecil dan prosedur negara.

“Pendirian kerajaan negeri adalah sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan sahaja kita perlu menghormati hak kaum dan agama lain tetapi kita juga harus melindungi hak mereka,” kenyataan itu dipetik.

Azmin kini berada di India untuk siri lawatannya ke beberapa negeri di negara tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70561

Posted by on Sep 25 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE