Azmin curiga ketua hakim campuri kes persempadanan semula

KUALA LUMPUR 9 JUN: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini merakamkan rasa terkejutnya dengan tindakan pendaftar Mahkamah Rayuan menyegerakan pendengaran kes cabaran persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor atas arahan ketua hakim negara.

Dalam kenyataannya, Azmin berkata cabaran tersebut yang ditetapkan untuk pengurusan kes pada 6 Julai 2017 dipercepatkan tarikhnya kepada hari ini, 9 Julai 2017 tanpa sebab yang kukuh.

Kedua katanya, pendaftar juga ada memaklumkan yang kes itu sepatutnya didengar pada 20 Jun 2017 atas arahan ketua hakim negara.

“Memandangkan ini adalah isu kepentingan awam yang sangat besar dan bersangkutan dengan hak mengundi warga yang berperlembagaan, maka kerajaan Selangor sebagai pihak yang memohon berhak mendapat penjelasan di atas pertukaran keadaan yang mengejutkan ini.

“Peguam kami dimaklumkan ia dilakukan atas arahan terus daripada ketua hakim negara” katanya dalam kenyataan ringkas beliau.

Pada 19 Oktober 2016, Selangor yang diwakili Azmin memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Selangor oleh SPR.

Azmin turut memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam persempadanan semula itu adalah tidak mengikut Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu tidak sah dan terbatal.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70087

Posted by on Jun 9 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE