Azmin: Dua pertiga GST tampung hutang 1MDB

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau menyoal Datuk Seri Najib Razak berkenaan hutang 1MDB di Dewan Rakyat kerana jumlah besar yang dibayar kerajaan hanya untuk menjelaskan faedah atas pinjaman yang dibuat badan itu.

“Soalan saya pada perdana menteri di Dewan Rakyat pagi tadi adalah mengenai kesan hutang 1MDB ke atas pembayaran faedah hutang negara.

“Ini kerana kerajaan ketika ini berbelanja RM31 bilion untuk bayar faedah hutang saja. Jumlah ini sama banyak dengan kutipan cukai pendapatan atau dua pertuga kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya menerusi akaun Facebook beliau semalam.

Sebaliknya kata Azmin secara sinis, Najib mengelak daripada menjawab dan lebih rela melihat rakyat menanggung kesan daripada hutang itu.

“Perdana menteri pula ‘lari keliling bukit’ jawab kemampuan bayar balik hutang negara adalah baik.

“Memang baik, sebab rakyat yang kena bayar balik hutang negara akibat kegagalan urus tadbir kewangan Barisan Nasional,” kata menteri besar Selangor itu lagi.

Najib semalam menjadi bahan berita apabila menyifatkan krisis air di Selangor – yang pulih Ahad lalu- lebih teruk berbanding skandal 1MDB.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71452

Posted by on Mar 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE