Azmin gesa orang ramai mengundi segera

Menteri besar sementara Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa orang ramai agar terus keluar mengundi.

Katanya, undi orang ramai amat diperlukan untuk menyelamatkan negara.

“Sesiapa yang masih belum mengundi tolong mengundi segera.

“Masa depan anak cucu dan negara ini di tangan anda.

“Jangan biarkan negara ini terus dirosakkan. Pusat-pusat mengundi tutup pada jam 5 petang ini, cepat keluar mengundi!” tulis beliau pada laman Facebook.

Pagi tadi, tiga orang pengundi Parlimen Batu membuat laporan polis selepas mendapati kertas undi mereka bertanda dan dikhuatiri akan dikira sebagai undi rosak.

Rakyat Malaysia mengundi hari ini untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Seramai 14,449,200 daripada jumlah keseluruhan 14,940,624 pemilih berdaftar yang diwartakan akan mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang ini, lapor Bernama.

Baki pemilih yang lain adalah pengundi tidak hadir luar negara, pengundi pos dan pengundi awal.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71742

Posted by on May 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE