Azmin hargai sokongan PM

Timbalan Presiden KEADILAN menghargai sokongan Dr Mahathir Mohamad kepada beliau yang kini berdepan cubaan memfitnahnya dengan sebaran video sumbang palsu.

“Saya amat berterima kasih kepada perdana menteri yang secara tegas menyatakan hentikan politik kotor dan jijik seperti ini kerana sebagai sebuah kerajaan baru yang diberikan mandat oleh rakyat setelah 61 tahun merdeka kita bertanggungjawab untuk memberikan khidmat terbaik.

“Rakyat mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan memberikan politik-politik nilai dan prinsip-prinsip yang jelas dan jangan sama sekali terjebak dengan kerja-kerja kotor seperti ini.

“Jadi, saya harap teguran dan pesanan perdana menteri ini harus diambil secara serius,” katanya sewaktu ditemui pemberita di rumah terbuka setiausaha kerajaan Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau sebelum itu turut menjelaskan belum dipanggil polis untuk membantu siasatan video itu.

“Tidak (dipanggul) tetapi saya difahamkan pihak polis telah pun memanggil YB Hilman setiausaha politik saya pagi ini untuk memberikan keterangan.

“Saya tak campuri urusan polis saya kira polis mempunyai tugas untuk menjalankan siasatan.

“Apa juga tindakan polis saya yakin berdasarkan tahap profesionlaisme polis untuk memastikan proses dan siasatan ini berjalan lancar,” katanya.

Selain Dr Mahathir, Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim juga melahirkan rasa terkejut dan sedih terhadap penularan video sumbang tersebut.

Menurut Anwar, beliau menyangka tindakan sedemikian akan terhenti setakat Fitnah 1 dan Fitnah II terhadap dirinya dahulu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73610

Posted by on Jun 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE