Azmin: Hayati keadilan, ihsan dan kasih sayang dalam Al-Quran

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali menyeru umat Islam supaya menghayati dan mengamalkan nilai keadilan, ihsan dan semangat kasih sayang yang terkandung dalam Al-Quran.

Katanya, manusia memerlukan nilai-nilai sejagat berasaskan kesederhanaan, keadilan dan sifat ihsan dalam dunia yang kini diancam militanisme dan aksi keganasan.

“Militanisme dan keganasan ini berakar dari kebencian kepada golongan lain. Kebencian tidak boleh dilawan dengan kebencian, sebaliknya kebencian perlu diubati dengan semangat kasih sayang dan rasa persaudaraan.

“Anjuran kepada keadilan dan ihsan serta semangat kasih sayang jelas terkandung di dalam Al-Quran.

“Maka, sempena sambutan Nuzul Al-Quran, marilah kita merenung mesej yang terkandung dalam Kitab Suci tersebut dan mari kita berusaha untuk mengamalkannya,” katanya.

Azmin yang juga timbalan presiden KEADILAN berkata demikian dalam perutusan khas sambutan Nuzul Al-Quran, 1440 Hijrah esok.

Umat Islam di Malaysia menyambut Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan setiap tahun dan tahun ini ia jatuh pada 22 Mei.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73493

Posted by on May 21 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE