Azmin jadi panglima pertahan Khalid dari serangan Umno BN

Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali berikrar mempertahan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang dijadikan sasaran serangan Umno BN

“Selangor kena serang teruk. Saya akan jadi penglima di negeri ini dan mempertahan Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya disambut tepukan gemuruh.

IMG_8172Beliau berkata demikian depan kira-kira 10,000 hadirin di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini sempena pengumuman calon KEADILAN bagi Parlimen dan DUN Selangor, malam tadi.

Azmin yang juga calon Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa meminta rakyat membanding kebijaksanaan pengurusan Khalid Ibrahim dengan mana-mana tokoh Umno Selangor.

“Siapa hendak lawan Tan Sri (Khalid)? Ada, namanya Noh Omar. Tapi mereka akhirnya panggil Najib untuk jadi Pengarah BN Selangor,” katanya.

Berdasarkan lima tahun rekod pemerintahan, kata Azmin, Khalid Ibrahim tidak melakukan kesalahan seperti menteri besar lalu yang disabit penyelewengan membabitkan harta negeri.

“Khalid tak curi tanah, tak beli cincin. Rizab Selangor dari RM400 juta dalam lima tahun naik kepada RM2.6 bilion,” katanya.

IMG_8390Ketelusan pentadbiran itu, kata beliau, memaksa BN membawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerang pentadbiran Pakatan di Selangor.

“Mahathir kata: Kalau orang Islam Selangor nak selamatkan akidah, hanya Umno yang boleh pertahankan. Dr Mahathir cakap pasal akidah umat Islam?

“Pemegang saham terbesar syarikat arak (San Miguel) milik siapa? Mirzan! Mirzan ini siapa? Anak Karpal? Lim Guan Eng?” katanya sebelum ribuan rakyat lantang menjawab:

“Anak Mahathir”

 

(FZL)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50384

Posted by on Apr 15 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google