Azmin: Jangan beri kerusi kepada ‘parti perompak’

Menjelang beberapa jam terakhir sebelum proses membuang undi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, pemilih berdaftar diingatkan untuk tidak memilih wakil rakyat daripada ‘parti perompak’.

Amanat itu disampaikan Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada ceramah terakhir di Taman Seri Andalas, malam tadi.

“Walaupun hari ini mereka ‘main lagu’ beri mereka satu kerusi, jangan beri kepada parti perompak dan pencuri di Malaysia,” katanya merujuk kepada taktik BN untuk memancing undi pemilih berdaftar DUN Sungai Kandis.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula menyeru pengundi untuk memastikan Pakatan Harapan kekal memikul amanah sebagai wakil rakyat Sungai Kandis.

“Kerusi ini kita isi dengan orang KEADILAN, buat apa mahu bagi kepada mereka (BN).

“Selangor juga di bawah Harapan, jadi buat apa mahu tukar,” katanya pada ceramah sama.

Antara pemimpin KEADILAN lain yang turut hadir pada ceramah tersebut adalah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

PRK Sungai Kandis menyaksikan calon KEADILAN yang juga seorang pengetua sekolah tahfiz, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ditentang oleh calon BN, dan seorang calon bebas.

PRK itu merupakan yang pertama selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi, Mat Shuhaimi Mat Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72127

Posted by on Aug 4 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE