Azmin ‘jemput’ Najib bertanding Parlimen Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘menjemput’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen Selangor dalam pilihan raya umum akan datang jika BN berani untuk menguji kematangan pengundi negeri itu.

Undangan sinis Timbalan Presiden KEADILAN itu dibuat sewaktu menjawab soalan wartawan berkenaan kemungkinan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanding di Sungai Besar dan Sekinchan.

“Saya yakin dengan kematangan dan kebijaksanaan pengundi Selangor.

“Letaklah Shahrizat, atau pun Liow, kalau boleh saya cadang letakkan Najib bertanding di mana-mana Parlimen Selangor dan lihatlah rakyat buat keputusan,” katanya kepada pemberita, semalam.

“Rakyat Selangor hari ini cukup matang dan bijak. Mereka dapat menilai apa yang telah dilaksanakan Pakatan Harapan dari 2008 sehingga hari ini di mana dasar-dasar kerajaan negeri memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya lagi.

Beliau sebelum itu mengumumkan pembinaan rumah teres dua tingkat seluas 1,750 kaki persegi bernilai RM400,000 setiap satu untuk 987 orang peneroka di Alam Mutiara dan Alam Utama.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71329

Posted by on Feb 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE