Azmin jumpa menteri Singapura walaupun JCMIM ditangguhkan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali menerima sambutan mesra daripada menteri-menteri Singapura dalam kunjungan dua hari ke republik itu walaupun Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Iskandar Malaysia (JCMIM) yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan.

Sikap negara jiran Malaysia terhadap timbalan presiden KEADILAN itu dizahirkan dalam satu kenyataan mengiringi pengumuman penangguhan mesyuarat tersebut.

“Singapura mengalu-alukan inisiatif Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Datuk Seri Azmin Ali yang melakukan kunjungan dua hala dan mesyuaratnya bersama menteri-menteri kami pada 14 Januari 2019,” kenyataan Kementerian Luar Singapura dipetik.

Azmin semalam meluangkan masa bertemu Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Gambar beliau dan Dr Vivian berjalan-jalan di bandar Singapura turut dimuatnaik di laman Facebook beliau.

Hari ini pula, Azmin meluangkan masa bertemu Menteri Pembangunan Nasional, Lawrence Wong sewaktu sarapan pagi dan kemudian bertemu Menteri Penyelaras Infrastruktur dan Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan.

JCMIM yang sepatutnya berlangsung semalam dan hari ini ditangguhkan selepas Singapura membantah lawatan menteri besar Johor ke atas kapal Jabatan Marin Malaysia, Pedoman pada 9 Januari 2019.

Singapura mendakwa kapal Pedoman berada dalam kawasan perairan Tuas yang menjadi pertikaian dua negara jiran ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72799

Posted by on Jan 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE