Azmin junjung pedoman Raja Melayu ke arah Islam toleran

Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyahut pedoman Raja-raja Melayu berhubung kepentingan menjaga perpaduan dan keharmonian di kalamngan masyarakat berbilang kaum.

Menurutnya, panduan yang disuarakan Raja-raja Melayu menerusi Penyimpan Mohor Besar itu akan menjadi panduan dalam mentadbir Selangor sebagai menteri besar.

“Umat Islam dan rakyat Malaysia perlu menjunjung pedoman Raja-Raja Melayu tentang sifat Islam yang toleran, sederhana dan inklusif.

“Pedoman Raja-Raja Melayu menzahirkan keutuhan institusi Raja Berperlembagaan dan peranan signifikan Raja-Raja Melayu sebagai suara nurani dan aspirasi rakyat.

“Justeru, dengan penuh rasa tawadhu, saya ingin menyatakan bahawa prinsip-prinsip toleransi, kesederhanaan dan keharmonian yang disegarkan dan ditegaskan semula oleh Raja-Raja Melayu akan terus menjadi tiang seri kerajaan negeri Selangor,” katanya.

“Atas prinsip ini, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya negeri Selangor untuk menolak gutter politics, budaya samseng dan fahaman rasis.

“Marilah kita bersama membangunkan sebuah bangsa yang gagah, bermaruah, berwibawa dan menghormati nilai-nilai kemanusiaan sejagat,” katanya lagi.

Majlis Raja-Raja Melayu sebelum ini memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang agama dan berbilang kaum di negara ini.

Menurut kenyataan media Majlis Raja-Raja Melayu yang ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, majlis tersebut bertitah agar rakyat wajib memahami dan menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara.

Pedoman tersebut dikeluarkan susulan kontroversi dobi untuk ‘Muslim sahaja’ di Johor baru-baru ini.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70633

Posted by on Oct 11 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE