Azmin: Kaji semula penutupan lorong tambah nilai

Operator Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) perlu meneliti semula langkah menutup lorong tambah nilai ‘Touch n Go’ di semua lorong keluar plaza tol wilayah utara dan selatan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata pandangan pengguna lebuhraya PLUS perlu dipertimbangkan dan diberi perhatian oleh pihak pengurusan.

“Pandangan daripada pengguna itu penting perlu diberi perhatian kerana kemudahan-kemudahan yang disiapkan itu adalahh untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya.

“Saya berharap pengurusan dapat lakukan penelitian semula keputusan tersebut dengan mengambil kira pandangan pengguna lebuh raya dan menyediakan pilihan bagi kemudahan pengguna lebuh raya,”katanya kepada media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, PLUS berkata penutupan lorong tambah nilai ‘Touch n Go’ akan bermula pada 5 November ini.

Langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan ekoran aktiviti tambah nilai di semua plaza tol di Wilayah Utara (antara Hutan Kampung dan Ipoh Utara) dan Wilayah Selatan (antara Seremban dan Skudai).

Tindakan itu mengundang kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati kerana langkah itu akan menyusahkan mereka untuk menambah nilai kad ‘Touch n Go’.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74253

Posted by on Nov 7 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE