Kemenangan Anwar bukti Utusan amal kewartawanan kotor

KUALA LUMPUR 21 Jan: Keputusan mahkamah yang mendapati Utusan Melayu (M) Bhd serta Ketua Pengarangnya, Abdul Aziz Ishak bertanggungjawab terhadap fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukti institusi kehakimam menolak kewartawanan kotor.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kemenangan ini bukan sahaja kepada Anwar tetapi untuk badan kehakiman itu sendiri.

“Keputusan mahkamah merupakan isyarat jelas dan nyata bahawa kewartawanan yang kotor tidak akan diberi toleransi oleh mahkamah,” katanya pada kenyataan.

Azmin berkata, keputusan penghakiman itu hari ini menentukan kebebasan badan kehakiman.

Kata beliau, hakim perlu mempunyai pegangan yang berani dalam membuat penghakiman tanpa perlu mengambil peduli tekanan yang diterima.

“Oleh itu, saya salut kepada Hakim VT Singham untuk tindakan tegas dan keputusan yang tepat ini,” kata Azmin lagi.

Sambung Azmin, amat memberangsangkan apabila hakim memutuskan Utusan selayaknya dicemuh kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

“Saya sendiri merupakan mangsa kepada kewartawanan kotor ini. Turut membuktikan kewajaran penegasan mahkamah bahawa kenyataan Anwar diambil di luar daripada konteks sebenar.

“Sangat jelas dalam wawancara BBC tersebut, kelulusan aktiviti LGBT melalui undang-undang tidak disebut oleh Anwar,” tegasnya.

Beliau percaya rakyat seluruhnya, tidak timbul sebarang keraguan mengenai artikel-artikel yang disiar media alat Umno itu pada 17 Januari tahun lepas.

Malah beliau yakin rakyat juga percaya ia merupakan fitnah yang dirancang untuk merosakkan reputasi Anwar serta mendedahkan beliau kepada cemuhan dan penghinaan awam.

“Seperti yang dinyatakan Ketua Umum KEADILAN di dalam mahkamah, pemilikan Umno ke atas Utusan Malaysia dan penerimaan arahan mereka daripada presiden parti itu bukan lagi rahsia,” kata Azmin.

Beliau menyeru, Utusan dan media lain kawalan Umno BN menghentikan serangan karektor yang sangat keji dan jahat terhadap Anwar.

“Sedar dan perbetulkan kesilapan mereka dan amalkan kewartawanan yang lebih bertanggung jawab mulai saat ini,” kata Azmin menambah keadilan akan terus ditegakkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43610

Posted by on Jan 21 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google