Azmin lawat Felda Raja Alias esok

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali akan melawat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan, esok untuk bertemu peneroka.

Memetik kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, lawatan itu bertujuan menjelaskan program dan inisiatif dalam Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)’ yang dibentangkan di Dewan Rakyat, pada 10 April lalu.

“Felda Wilayah Raja Alias adalah wilayah terbesar dalam negara dengan jumlah 46 kawasan rancangan Felda.

“Kertas Putih Felda memberi gambaran yang sebenar kepada prestasi kewangan agensi berkaitan serta memuatkan rencana proaktif kerajaan Persekutuan untuk meringankan kesulitan hidup dihadapi peneroka,” kenyataan itu dipetik.

Lawatan itu juga akan memperincikan bantuan kepada projek perumahan generasi baharu yang terbengkalai.

Ia juga akan mengupas hala tuju serta Model Felda Baharu supaya Felda dan golongan peneroka bangkit semula sebagai pemacu industri pertanian negara seperti disebut Azmin pada 10 April lalu.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Pengarah Besar Felda, Dr Othman Omar akan turut serta dalam lawatan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73345

Posted by on Apr 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE