Azmin mahu krisis air di Gombak segera diselesai

GOMBAK 12 APRIL: Calon KEADILAN bagi Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menggesa masalah bekalan air di kawasan itu segera diselesaikan.

Beliau yang bertanding semula sejak memenangi kerusi itu pada PRU 2008, mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), selaku pihak bertanggungjawab mempercepat tindakan penyelesaian.

Azmin 2“Masalah bekalan air terputus di Gombak. Saya menggesa UPEN dan Syabas mengambil tindakan segera. Lori tangki air dikerah segera membantu.

“Saya juga telah menghubungi MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) untuk membantu bersama UPEN dan Syabas,” katanya di twitter.

Menurut Azmin, masalah pam air di Batu Caves dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya petang ini.

“Saya pantau supaya kerja pembaikan berjalan lancar. Harap masalah air ditangani segera demi kesejahteraan rakyat,” kata Pengerusi KEADILAN Selangor itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50158

Posted by on Apr 12 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google