Azmin mahu rangka dasar ekonomi Melayu baharu

Putrajaya akan menggubal satu dasar ekonomi Melayu baharu berpaksikan perkongsian kemakmuran bagi meletakkan Malaysia kembali di atas landasan ekonomi global.

Hasrat itu dinyatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengangkat komitmen Pakatan Harapan untuk membela hak dan kepentingan Melayu dan bumiputera.

“Untuk mendepani cabaran ekonomi semasa, kerajaan akan menggubal satu dasar ekonomi Melayu baharu yang berteraskan pertumbuhan, menjamin kesaksamaan serta perkongsian kemakmuran. 

“Dasar ini akan mencerakinkan semangat inklusiviti dan nilai keadilan yang akan menyumbang kepada kekayaan untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia berkonsepkan “shared prosperity”,” kenyataan Azmin dipetik.

Untuk tujuan itu kata Azmin, kerajaan sedang memperhalusi inisiatif-inisiatif baru bagi warga FELDA dan pekebun kecil yang bergelut dengan masalah peninggalan rejim Umno-BN.

Pada masa sama, kerajaan juga katanya akan memulakan siri perbincangan dengan pihak berkepentingan dalam ekonomi negara bagi mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73086

Posted by on Mar 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE