Azmin: Mesyuarat rasmi HSR Ogos ini

Malaysia dan Singapura akan bertemu secara rasmi bagi membincangkan projek Keretapi Laju (HSR) dalam bulan Ogos, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

“Perjumpaan rasmi akan diadakan dalam bulan Ogos.

“Semalam saya ke sana (Singapura) untuk melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya mengambil kesempatan untuk berjumpa beberapa pegawai kanan di Singapura untuk berbincang tentang HSR. Perjumpaan itu sangat positif.

“Saya akan keluarkan kenyataan media (tentang mesyuarat ini),” katanya kepada pemberita.

Singapura sebelum ini menyambut baik cadangan Malaysia untuk berbincang mengenai Projek Keretapi Laju (HSR).

Kerajaan Singapura melalui saluran diplomatik sejak 1 Jun 2018 meminta supaya kerajaan Malaysia memberi jawapan bertulis menjelaskan pendiriannya mengenai projek HSR.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72142

Posted by on Aug 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE