Azmin minta media jangan lagakan beliau dan Anwar

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa agar pihak media agar tidak melaga-lagakan beliau dan presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Beliau senada dengan Anwar bahawa mereka kekal sepasukan.

“Ya, dia adalah presiden parti dan saya timbalannya.

“Kamu (media) janganlah provokepresiden dan timbalan presiden, kami sudah bersama untuk sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas majlis doa kesyukuran untuknya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di pemukiman KEADILAN di Port Dickson bahawa mereka berdua dalam “satu pasukan”.

Anwar Sabtu lalu menyambut baik makluman polis bahawa Azmin tidak terlibat dalam video sumbang yang cuba merosakkan karier politik beliau.

Semalam pula beliau berkata mereka berdua “perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara tetap”.

“Ia adalah satu pasukan. Beliau (Azmin) mendapat mandat dalam pilihan raya parti (sebagai timbalan presiden),” Anwar dipetik berkata.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73792

Posted by on Jul 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE