Azmin: Najib cuba alih tumpuan rakyat daripada perbicaraan

Bekas perdana menteri, Najib Razak cuba mengalihkan fokus orang ramai apabila cuba mengkritik unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM3.4 trilion menjelang 2030.

“Najib Razak tidak seharusnya cuba mengalih perhatian orang ramai dari skandal kleptokrasi 1MDB yang sedang dibicarakan.

“Dia harus memberi tumpuan kepada pengiraan hakiki dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana berbilion-bilion wang rakyat dirompak daripada khazanah negara,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menerusi Twitter.

Najib semalam cuba mendakwa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi tidak memasukkan nilai inflasi dalam pengiraan unjuran KDNK bernilai RM3.4 trilion.

Kementerian dalam kenyataannya menjelaskan bahawa angka tersebut dikira dengan mengambil kira kadar inflasi dan kadar perkembangan KDNK.

“Untuk mencapai sasaran nilai KDNK RM3.4 trilion pada tahun 2030, KDNK perlu berkembang pada harga malar 4.7% setahun bagi tempoh 2018 hingga 2030 dengan kadar inflasi purata 2.3% dalam tempoh tersebut.

“Atau dalam kata lain, sasaran nilai KDNK RM3.4 trilion boleh dicapai dengan pertumbuhan purata pada harga nominal sebanyak 7% setahun bagi tempoh 2018 hingga 2030,” kenyataan media kementerian itu dipetik.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74105

Posted by on Oct 7 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE