Azmin: Najib tergamak gadai KWSP demi gambar dengan Trump

Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini terkejut dengan percubaan membodek presiden Amerika Syarikat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataannya, Menteri Besar Selangor itu mendesak Najib untuk menjelaskan ikrarnya kepada Trump untuk melaburkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara

“Adalah sukar dipercayai bahawa KWSP, mengikut Najib, akan membelanjakan antara USD3 bilion hingga USD4 bilion ke atas pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.

“Adakah Perdana Menteri cuba memberitahu kita bahawa membantu Amerika Syarikat membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?

“Wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya,” katanya.

Najib melawat Trump di Washington semalam dalam satu kunjungan yang dianggap hasil daripada usaha pelobi berbayar yang rapat dengan Rumah Putih.

Trump dilapor berkata Malaysia boleh melabur di antara USD10 bilion ke USD20 bilion dalam sektor penerbangan dengan USD10 bilion untuk membeli pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines Berhad (MAS).

Najib berkata Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) akan melabur di antara USD3 bilion ke USD4 bilion bagi membantu pembangunan insfrastruktur AS.

“Saya sangat terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di Amerika Syarikat.

“Pelaburan ini kononnya untuk “mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat” tatkala ekonomi kita sedang memerlukan pelaburan lebih besar selain daripada misteri mengapa Malaysia perlu membantu ekonomi terbesar di dunia.

“Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan kita sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang kita keluar dari negara ini,” katanya.

“Kita memahami pilihan Najib untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat namun pemimpin tidak boleh menggadaikan kesejahteraan ekonomi negara hanya untuk peluang bergambar,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70507

Posted by on Sep 13 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE