Azmin optimis Felda kembali gemilang

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali yakin Felda akan bangkit semula dengan sokongan peneroka yang yakin terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Azmin berkata Felda pada satu masa dahulu berjaya membantu mengurangkan jurang ekonomi Melayu dan Bumiputera menerusi pembukaan tanah kerajaan.

Negara juga katanya pada suatu ketika dahulu menyumbang 25 peratus daripada pengeluaran kelapa sawit dunia.

“Malangnya sejak beberapa tahun lalu, kita menyaksikan kerakusan pimpinan atasan Felda yang terdiri daripada orang politik yang terlalu banyak bermain politik sehingga peneroka menjadi mangsa dan dibebankan dengan masalah besar,” katanya di hadapan ribuan peneroka pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3, 7 Julai lalu.

Menurutnya, kesungguhan kerajaan untuk memulihkan Felda jelas menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP), yang dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada majlis yang sama.

PPP merangkumi aktiviti berasaskan program tanaman dan selingan yang mampu memberikan hasil dalam tempoh singkat dan aliran tunai yang konsisten.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, kerajaan Harapan akan memastikan Felda hanya ditadbir  mereka yang berintegriti dan berwibawa.

Katanya, pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai Pengerusi FELDA, berkuat kuasa 1 Julai lalu, dilihat berkemampuan untuk membawa agensi itu ke peringkat baharu dengan bantuan dan sokongan akar umbi peneroka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73721

Posted by on Jul 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE