Azmin saman Khalid enggan tangkap Jho Low

KUALA LUMPUR 4 OGOS: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar minggu depan kerana enggan mencari dan mengekstradisi rakan baik perdana menteri, Low Taek Jho.

Peguam Latheefa Koya berkata Timbalan Presiden KEADILAN itu tidak akan menunggu sehingga tamat tempoh 14 hari notis tuntutan sebelum ini untuk bertindak.

Katanya, Azmin telah memberikan Khalid peluang untuk melaksanakan kewajipan berkanunnya untuk membawa balik Jho Low untuk siasatan.

“Tetapi kerana beliau tidak berminat, kita akan jumpanya di mahkamah,” katanya memetik Malaysiakini.

Latheefa berkata demikian sebagai respons kepada Khalid yang semalam berkata siasatan ke atas 1MDB masih berlangsung dan beliau tidak mahu membalas tuntutan Azmin untuk polis mencari Low, atau dikenali ramai sebagai Jho Low.

“Jadi, ambillah tindakan mahkamah. Saya tunggulah,” Khalid dilaporkan sebagai berkata.

Mengikut surat tuntutan itu, Low disyaki terlibat dalam jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 406 atau Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Beliau dikenali ramai sebagai tulang belakang di sebalik firma sarat hutang 1MDB dan menjadi perunding di antara Najib dan hartawan negara Teluk dalam peringkat awal pembentukan 1MDB.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70334

Posted by on Aug 4 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE