Azmin: Semenyih dimajukan Harapan sejak 2008 lagi

Semenyih sudah menerima pembangunan sejak 2008 apabila Pakatan Harapan mula mentadbir daerah itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN Ddatuk Seri Azmin Ali.

Justeru katanya, kehadiran ramai menteri ke Semenyih sejak kebelakangan ini bukanlah suatu isu kerana mereka berkhidmat sepanjang masa.

“Baru-baru ini perdana menteri beritahu, beliau terkejut Semenyih kini dikenali sebagai bandar yang hebat dengan pembangunan teratur dan tersusun.

“Kami Pakatan Harapan bermula dari 2008 mahu pembangunan bukan saja berpusat di bandar tetapi juga dibawa ke luar bandar supaya rakyat dapat manfaat.

“Kalau kami tak turun dulu, tak mungkin Semenyih dan Hulu Langat dapat pembangunan seperti ini.

“Mana mungkin Semenyih dapat pembangunan jika kita tak turun ke sini sejak 2008,” katanya ketika melancarkan Bilik Gerakan Wanita PH bagi PRK DUN Semenyih malam tadi, lapor Bernama.

Turut hadir malam tadi adalah Ketua Wanita Pakatan Harapan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha, Ketua Wanita Bersatu Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.

Penamaan calon PRK Semenyih akan berlangsung Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb dan pengundian jatuh pada 2 Mac.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72919

Posted by on Feb 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE