1MDB: Azmin tanya lain, Najib jawab lain

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak nampaknya bakal mengundang kecaman daripada orang ramai apabila menyifatkan masalah bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai lebih teruk daripada isu 1MDB.

Beliau yang merupakan anggota Parlimen Pekan berkata demikian di Dewan Rakyat sewaktu menjawab soalan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkenaan peningkatan jumlah pembayaran faedah hutang negara.

Azmin yang merupakan anggota Parlimen Gombak bertanya jika peningkatn itu mempunyai kaitan dengan isu 1MDB, atau ada sebab lain.

Ia merupakan soalan pertama dalam sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, sebelum Azmin sempat menghabiskan soalannya, beberapa anggota Parlimen BN mengganggunya dan ada antara mereka seperti Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) membangkitkan masalah air di Selangor.

Apabila dewan kembali tenang, Najib menjawab, “Saya ingin menegaskan bahawa kemelut air di Selangor lebih kritikal.”

Jawapan itu menyebabkan Dewan Rakyat kembali kecoh apabila beberapa anggota parlimen BN membuat bising sewaktu Azmin bertegas agar Najib menjawab soalan itu secara lebih jelas.

Keengganan Najib untuk menjawab soalan berkaitan 1MDB ini terjadi sewaktu beliau terus menerima tekanan antarabangsa dalam kes itu.

Pihak berkuasa Indonesia baru sahaja merampas kapal layar mewah The Equanimity berharga RM1 bilion milik kawan Najib, taikun Low Taek Jho yang kini dalam pelarian.

Kapal itu baru sahaja diserah kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat sewaktu pihak Malaysia tidak sekali pun menghubungi Indonesia selepas kapal itu disita.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71443

Posted by on Mar 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE