Azmin terima tetamu bertali arus usai pembedahan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu yang menziarahi beliau selepas selesai menjalani pembedahan batu hempedu beberapa hari lalu.

Hari ini beliau menerima kunjungan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad dan juga Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Zulkifli sempat meluangkan masa mendoakan kesihatan timbalan presiden KEADILAN itu pagi ini.

“Saya dan keluarga rasa terharu dengan ziarah Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad pagi ini.

“Beliau berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan saya susulan pembedahan baru-baru ini. Amin,” kata Azmin dalam rakaman penghargaannya menerusi Twitter.

Semalam beliau menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan KEADILAN Shamsul Iskandar Md Akin dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut meluangkan masa menziarahi Azmin semalam.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72892

Posted by on Feb 7 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE