Azmin umum 2 bulan bonus Aidilfitri untuk penjawat awam Selangor

KUALA LUMPUR 13 JUN: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam Selangor.

Pengumuman menggembirakan warga Selangor itu dibuat Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden KEADILAN dalam majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor, di Shah Alam, pagi ini.

“Pada tahun lalu, Kerajaan Negeri meluluskan bantuan khas kewangan satu setengah bulan gaji.

“Manakala, tahun ini bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri untuk seluruh anggota penjawat awam sebanyak dua bulan gaji,” katanya.

Bayaran bonus dengan jumlah keseluruhan RM63.3 juta kepada 17,703 orang penjawat awam itu akan dibuat pada 21 Jun.

Pemberian bonus lumayan dari kerajaan Selangor ini dibuat ketika Putrajaya hanya memberikan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat-penjawat awam Persekutuan.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70100

Posted by on Jun 13 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE