Azmin: Video lucah komplot jahat politik

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata cubaan untuk mengaitkan dirinya sebagai individu dalam satu video lucah yang tersebar di media sosial semalam adalah satu komplot jahat yang menyasarkan karier politiknya.

Menurutnya, insiden ini adalah susulan kepada cubaan untuk menakut-nakutkan keselamatan diri dan keluarganya yang bermula Ramadan lalu.

“Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam,” katanya.

Azmin juga bertekad akan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang fitnah tersebut.

“Saya yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini,” katanya.

Beliau juga berikrar untuk terus melawan cubaan mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu utama negara.

“Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73577

Posted by on Jun 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE