Azmin wakil Putrajaya pantau pembangunan Kelantan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali dilantik mengetuai Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Jabatan Perdana Menteri yang mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu dipersetujui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“MTNg diwujudkan di setiap negeri sebagai badan utama peringkat negeri yang bertanggungjawab memastikan keputusan Majlis Tindakan Negara (MTN) dapat dilaksanakan.

“Untuk Kelantan, perdana menteri bersetuju untuk melantik Azmin Ali sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Januari,” kenyatan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) JPM dipetik.

Menurut kenyataan itu, MTNg akan bertindak sebagai platform penyelarasan utama bagi keputusan dasar berkaitan penyelarasan perancangan, pemantauan dan pengesanan perancangan dasar dan projek pembangunan serta intensif semasa Putrajaya di peringkat negeri.

Kenyataan sama memetik harapan Putrajaya agar kerajaan Kelantan dapat memberikan sepenuh kerjasama dalam hal berkenaan.

“Ini penting bagi memastikan usaha keras kerajaan persekutuan untuk membawa pembangunan fizikal dan insaniah ke seluruh jajahan di Kelantan dapat memberi impak optimum kepada negeri dan rakyatnya.

“Komitmen kerajaan Persekutuan untuk melonjakkan pembangunan Kelantan adalah jelas apabila diletakkan sebagai sebuah negeri yang diberi keutamaan dalam pengagihan peruntukan pembangunan,” kata kenyataan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72878

Posted by on Jan 31 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE